Terdapat bebrapa cara untuk mendapatkan software Ubuntu dari pelbagai media. Jadi saya ada beberapa cadangan untuk anda bagaimana untuk mendapat software ubuntu dengan mudah dan ada beberapa cara yang rumit sedikit:-
* Buka 'Software Source' anda dengan klik setting>prefrence (kalau tak silap saya), kemudian anda pergi ke tab ke-3. Di situ, pastikan anda tandakan dot dengan klik pada button yang berlabel 'blackpole software' (yang ejaannya aya kurang ingat). Buka 'Add/Remove App' pada bahagian bawah sekali 'Application'. Pastikan juga anda pilih 'All Software Available' pada popup menu di bahagian kanan atas tetingkap itu. Refresh dan anda akan dapat semua software untuk Ubuntu. Dan semuanya adalah PERCUMA.
* Untuk penggunaan installer .deb, .tar.gz dan .tar.bz pula, anda boleh mencari dengan menggunakan enjin pencarian (tak kesah sama ada Yahoo!, Google, Live dan sebaliknya) dan pastikan belakang nama aplikasi yang anda cari disertakan 'for Ubuntu'. Ini adalah untuk menfokuskan carian software anda untuk ubuntu dan bukan umum yang biasanya hanya mengeluarkan senarai installer berformat .exe
* Untuk carian yang lebih praktikal, cuba rujuk ke laman web Ubuntu sendiri atai cari projek Ubuntu di Launchpad (www.launchpad.net) atau cuba ke ubuntusoftware.info (untuk aplikasi Ubuntu Fiesty ke atas sahaja)
p/s: semua installation software Ubuntu perlu mempunyai sambungan internet yang stabil
Batam dan Pulau Bintan
4 years ago
0 comments:
Post a Comment