DESA UBUNTU
PERSINGGAHAN SUMBER INSPIRASI TERBUKA ANDA


GRUB Hilang

Kehilangan grub menjadi masalah besar kepada pengguna Ubuntu kerana kehilangan pilihan akses antara Ubuntu dan sistem pengoperasian yang lain. Bagi grub yang rosak pula menjadi satu masalah kerana anda pastinya tidak dapat mengakses masuk mana-mana sistem pengoperasian baik Ubuntu atau yang lain. Jadi, adakah grub yang hilang dapat diatasi? Setelah merujuk kepada beberapa sumber, dan saya sendiri telah mencuba sendiri, mungkin langkah ini dapat membantu anda, khususnya kepada pengirim email yang menghantarkan masalah ini .

Langkah-langkahnya seperti berikut:-

* Gunakan LiveCD Ubuntu anda bagi yang tidak boleh akses masuk Ubuntu
* Buka terminal anda (Talian Internet tidak diperlukan)
* Masukkan command :- sudo grub
* Terminal akan muncul dengan pangkalan "grub>"
* Masukkan command :- find /boot/grub/stage1
* Command diatas akan merujuk kepada bilangan OS anda. Jika anda menggunakan 2 OS, secara automatik grub akan membalas command anda dengan 2 barisan.
* Masih dalam grub, masukkan pula command :- root (hd?,?). Ini adalah untuk mengenalpasti antara partition cakera keras anda yang mempunyai OS.
* Jika grub membalas (hd0,1), anda masukkan pula command line yang sama kepada balasan command line yang anda berikan tadi. Sebagai contoh dalam situai ini, anda masukkan ke grub :- (hd0,1)
* Selepas anda memasukkan command line tersebut, anda masukkan pula command :- setup (hd0), merujuk kepada nama partition anda seperti langkah ke-8. Jika (hd0,1), anda masukkan (hd0) pada command line setup grub tersebut.
* Akhir sekali, masukkan command :- quit. Jika perlu anda mencuba sama ada grub sudah terinstall atau tidak, cuba restart komputer anda.

0 comments: