DESA UBUNTU
PERSINGGAHAN SUMBER INSPIRASI TERBUKA ANDA


USB 3.0 dalam Linux ??

ura2 menyatakan bahawa USB 3.0 bakal digunakan di dalam Linux dulu sblm Windows...sbg pengguna Linux, aku sangat bangge...huhu...artikel ni aku amek dari MelayUbuntu

Sarah Sharp (Geekees), salah seorang daripada pembangun Linux di Intel's Open Source Technology, telah mengumumkan di blog beliau bahawa USB3.0 akan dimasukkan ke dalam Linux Kernel. Ini menjadikan Linux adalah OS pertama di dunia yang akan menyokong sistem USB3.0, berbanding Windows!

Menurut Ankika Kehrer, USB3.0 menyokong kadar pemindahan data sehingga 5.0Gb per saat, berbanding USB2.0 yang hanya menyokong sehingga 480Mb per saat! Perbezaan yang ketara, sehingga 20 kali lebih laju berbanding USB2.0! Bahkan Firewire hanya mampu menyokong sehingga 3.2Gb per saat. Perkara tersebut telah dibentangkan pada November 2008 oleh USB Implementers Forum Inc.

Beliau (Sharp) bekerjasama dengan Keve Gabbert untuk memastikan bahawa distro Linux seperti ubuntu dan Red Hat menjadi distro pertama yang akan dimasukkan xHCI driver bagi USB3.0. Beliau juga berkata bahawa driver tersebut akan dimasukkan di dalam Kernel 2.6.31. Kepada pengguna yang tidak tahu menggabungkan (compile) kernel mereka sendiri, mereka boleh menunggu sehingga bulan September nanti untuk menikmati perkhidmatan tersebut.

credit to : melayubuntu

Maaf.Operasi Blog Terganggu

Kepada pengunjung blog ini.
sy mintak maaf byk2 sbb blog ni skarang masih lg dalam pembinaan.
bertujuan untuk menaikkan lg taraf dan pengoperasian blog ni.
hehe.
kalo ade nampak layout yg cacat ker.
ade error sane sini mintak maaf byk2 la eh.
sy nk ubah template die agar nampak cam ubuntu nye blog.

Install Ubuntu ke pendrive - Cara Mudah!

Ini cara mudah nak install ubuntu 8.04 ke dalam USB Disk / Pendrive 1 Gig. Pastikan komputer boleh boot ke USB dulu ye!

1. Masukkan LiveCD ke cd drive
2. Cucuk USB disk
3. Boot dari liveCD;
4. Dalam Ubuntu, klik System - Administration - Partition Manager
Pilih USB Disk. Padam semua partition yg ada di dalamnya. Klik Apply exit Partition Editor
5. Double Klik ikon Install.
6. Di Welcome Screen, pilih bahasa dan klik Forward
7. Pilih Time Zone dan klik Forward
8. Pilih Keyboard Layout dan klik Forward
9. Proses pembahagian prtisi bermula. Pilih Guided - Use entire disk, pilih USB Disk (biasanya /dev/sdb, JANGAN PILIH /dev/sdb1!)
10. Masukkan username/password dan maklumat lain. Klik Forward
11. Kalau nak migrate, boleh migrate, tapi biasanya tak payah. Klik Forward
12. Sampai ke skrin “Ready to Install”. AMARAN: sebelum klik Forward, Klik butang “Advanced” dahulu ! Ini untuk bootloader! Tak buat ni tak jadi!
Pilih USB Disk (biasanya /dev/sdb) untuk install bootloader
Exit skrin advance san klik Forward di skrin “Ready to Install”
13. Pemasangan bermula. Tunggu hingga siap

Bila siap pemasangan ia akan restart sendiri tapi tak boleh nak mount USB Disk.
Buat ini untuk boot USB:

1. Reboot PC guna LiveCD, pastikan USB disk telah tersambung
2. Buka terminal (Applications - Accessories - Terminal);
3. Taip dan enter: sudo -i
4. Taip dan enter: cd /media/disk/boot/grub
5. Taip dan enter: gedit menu.lst
6. Sila ke baris 130+/-
Cari:

## ## End Default options ##

Sepatutnya ada:

title Ubuntu 8.04, kernel 2.6.24-16-generic
root (hd1,0)
kernel /boot/vmlinuz………
initrd /boot/initrd…….
quiet

(ada 3 kali baris di atas )

7. Tukar (hd1,0) kepada (hd0,0) untuk semua baris - 3 kali setiap baris.
8. Cari baris bermula dengan “# groot=(hd1,0)” tukar (hd1,0) ke (hd0,0) - JANGAN PADAM SIMBOL # !
9. Save fail.
10. Taip dan enter: chgrp ubuntu menu.*
11. Taip dan enter: gedit device.map
tukar mapping hd0 ke /dev/sdb.
12. Reboot PC, pilih Ubuntu dlm USB DISK

Cara Memasang Screenlets

mungkin ada user y berkenan nak memasang aplikasi mini seperti jam, kalender, CPU monitor, Diskusage.. Screenlets adalah jawapannya (kalo ada aplikasi lain bagitau yer...)
saya guna Ubuntu 8.04 hardy heron.

Image

1. Buka Synaptic package Manager (System>Administration>Synaptic Package Manager)

2. Klik butang search dan taip 'screenlets' dan klik search.
Image

3. kemudian klik butang petak dan plih 'mark for installation' dan klik apply.
Image

4. Setelah selasai proses pemasangan screenlets. Aktifkan Screenlets (System>Preferences>Screenlets)

5. untuk mengaktifkan beberapa aplikasi mini. Klik pada aplikasi mini yang anda minat dan klik 'launch/add'
Image

6. anda boleh memasang lain-lain aplikasi mini melalui laman web ini: http://screenlets.org/index.php/Category:UserScreenlets

kalo ada cara guna terminal amat dialu-alukan.. minta maap sbb screenshot slpas pemasangan screenlets..

Wubi - Ubuntu Installer pada Windows

Pernahkah anda menggunakan Linux?

Tahukah anda bahawa tidak ramai dari kita yang pandai menggunakan perisian Linux kerana kebanyakan dari kita telah menggunakan perisian Windows sejak dari mula kita mengenal komputer.

Jika anda ingin belajar menggunakan perisian Linux ini, anda boleh mencuba menggunakan Wubi. Jangan risau kerana ianya tidak akan mengganggu sistem operasi Windows anda.

Wubi ialah Ubuntu Installer untuk pengguna Windows dengan kemudahan hanya satu klik sahaja. Wubi boleh di install atau di uninstall seperti kebanyakan aplikasi Windows yang lain dengan cara yang amat mudah dan selamat.

Apakah keperluan untuk mula memasang Wubi ini?

  • 256 MB memory
  • 5 GB harddisk space
  • Windows 98, 2000, XP, Vista

Jadi, jangan tunggu lagi. Anda boleh belajar bagaimana menggunakan Linux tanpa mengganggu sistem operasi Windows anda dengan Wubi.

Download Wubi

Bagaimana untuk memasang?

Anda boleh merujuk kepada laman web ini http://www.howtoforge.com/wubi_ubuntu_on_windows