DESA UBUNTU
PERSINGGAHAN SUMBER INSPIRASI TERBUKA ANDA


Ubuntu Masih Distro Terpopular

Menurut Jason Brooks, seorang yang terkenal dengan eWEEK baru-baru ini menulis nukilannya tentang Ubuntu 8.10. Malah beliau sendiri amat gemar Ubuntu dan menggunakannya untuk beberapa tahun. Brooks juga dalam penulisannya mendapati Ubuntu akan ketinggalan lebih jauh dalam segmen server yang mana dikuasai oleh

distro yang lebih lama dan matang seperti RHEL dan SUSE (yang mana distro ini juga lebih bagus prestasinya dalam aspek keselamatan)

Tapi ada satu 'point' atau isi yang menarik saya mengapa Ubuntu menjadi distro desktop yang paling popular. Pada pandangan Brooks kebanyakkan distro Linux didatangkan dengan komponen perisian yang sama, tapi Ubuntu membezakan dirinya dengan menekankan aspek kepenggunaan, pemilihan pakej perisian yang baik dan komuniti pengguna dan penyumbang yang ramai.

Tambah beliau lagi, Ubuntu sememangnya OS pilihan selain Windows dan Apple. Ubuntu sememangnya hebat pada sekmen desktop. Pengunjung boleh melihat review lengkap beliau di sini.

0 comments: