DESA UBUNTU
PERSINGGAHAN SUMBER INSPIRASI TERBUKA ANDA


Perlukah Komuniti Linux Membenci Windows?

Agak lama juga saya meneliti perjalanan komuniti Linux dari Ubuntu, Fedora dan lain-lain setelah kian lama mengenal Linux. Banyak masanya saya akan berkomunikasi @ menanyakan soalan dalam forum kerana sifat hubungannya yang dua hala.

linux logoRata-rata apabila ada soalan tentang Windows atau ada yang bertanya apa kelebihan Windows berbanding Linux atau mengapa mereka memilih Windows dari Linux....umumnya saya dapati komuniti akan menjawab dengan sikap marah atau kata mudahnya sikap benci kepada Windows.

Saya bukanlah orang yang layak nak marah orang itu dan ini. Tapi komuniti Linux kena terima Windows dan Apple sebagai cabaran mengangkat kualiti Linux bukan sebagai alat propaganda untuk orang suka Linux dengan cara membenci Windows!



Mungkin ada yang tak berapa setuju dengan saya. Tapi lihatlah Linux sekarang! Kenapa Linux bangun dan bersaing kalau bukan kerana datangnya pesaing dari OS sumber tertutup (Windows dan Mac). Linux juga beruntung kerana tindakan Microsoft yang meminta perkakasan yang tinggi untuk OS nya menyebabkan perkakasan menjadi murah pada spesifikasi yang tinggi.

Apa untungnya Linux dari situasi ini? Oleh kerana komputer menjadi semakin windows logolaju tapi Windows juga semakin berat. Maka Microsoft tidak boleh menggunakan alasan bahawa OS nya yang terpantas dan stabil. Tapi Linux boleh!

Mana datangnya virus dan segala macam kecacatan (vulnerabilities) kejuruteraan perisian kalau bukan kebanyakkan dari Windows. Jadi ini memungkinkan kelebihan Linux dengan memberikan kod yang terbuka supaya kualiti perisian dapat dijaga.



Banyak alasan lain lagi boleh diutarakan di sini. Tapi apapun, kecacatan Windows dan banyak keburukannya bukan sepatutnya dijadikan alasan kukuh untuk menggalakkan orang membenci antara satu sama lain kerana saingan dan tekanan merekalah Linux membangun.

Jadi bagi saya, saya syukur kepada saingan dan perbezaan kerana setiap kelompok atau manusia mempunyai kehendak yang berbeza jadi memerlukan alat bantu yang sesuai. Jika kita terus menerus mempromosi Linux dengan cara membenci Windows. Orang akan pandang komuniti Linux sebagai orang yang kecewa dan melemparkan rasa kebencian atas kekecewaan.

Apa kata anda?

0 comments: