Sebaik sahaja proses installasi ubuntu selesai, kemudian anda reboot untuk keluar dari sesi ubuntu live cd dan login ke dalam ubuntu yang baru sahaja selesai diinstall, diantara perkara penting yang PERLU dilakukan segera ialah;
1.Aktifkan Sumber Perisian-Software Sources melalui cara berikut
System > Administration > Software Sources (masukkan password jika diminta)
Sila check mana-mana sumber software yang perlu.
Dapat anda lihat dalam screenshot diatas ialah "Download from:"Pilihan ini adalah untuk membolehkan pengguna memilih lokasi server untuk mendownload sumber perisian ubuntu.Sila klik padanya untuk memilih dan satu drop down menu akan keluar > Other... > Select Best Server
Tunggu sebentar sementara menunggu ia mengesan server manakah yang paling laju untuk anda mendownload sumber perisian ubuntu dan klik Choose Server.
Sesudah selesai sila klik pada butang Close seperti yang dipaparkan dalam screenshot diatas.Tunggu sehingga semua proses berkenaan selesai.
2.Ubah setting Update
Dari tetingkap yang sama, pilih tab Updates
Sila pilih setting yang anda kehendaki.
Kemudian klik Close dan tunggu sehingga proses itu selesai.
3.Update
System > Administration > Update Manager
Jika anda tidak mendapati apa-apa untuk diupdate, sila klik pada butang Check.Kemudian klik pada Install Updates.Update perisian dan konfigurasi system kali pertama mungkin mengambil masa yang agak lama bergantung kepada sambungan internet dan kepantasan komputer.
Selepas proses update selesai, anda sepatutnya diminta untuk restart komputer anda dan lakukan seperti yang dipinta.
5.Codecs
Untuk memainkan file multimedia samada audio mahupun video(.avi .mp3 .wma etc), anda perlu install codecs terlebih dahulu.Semuanya menjadi lebih mudah dengan ubuntu Gutsy Gibbon.
Sila double click pada mana-mana file multimedia yang ingin anda mainkan dan anda sepatutnya akan mendapat notifikasi seperti ini;
Klik Search..dan tetingkap ini akan keluar
Check mana-mana codecs yang ingin anda install dan klik Install.Amaran ini akan keluar
Klik Confirm.
Batam dan Pulau Bintan
4 years ago
0 comments:
Post a Comment