Saya menerima banyak email bertanyakan pelbagai perkara mengenai ubuntu yang saya rasakan kebanyakkannya boleh saya golongkan sebagai pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh semua pengguna ubuntu. Antaranya;
1.Alatan yang tidak ada secara default. Sebaik sahaja seseorang install ubuntu, dia harus faham bahawa terdapat beberapa perkara yang masih tidak lengkap dalam sistem operasi yang baru diinstall itu tadi. Antaranya
- Codec - Secara default, pemain video dalam ubuntu hanya menyediakan fungsi memainkan video berformat .ogg. Samalah juga seperti windows media player yang secara defaultnya hanya boleh memainkan video berformat .wmv. Untuk memainkan video berformat selain dari itu, pengguna perlu memasang codec (program untuk encode atau decode data digital). Dalam ubuntu gutsy atau hardy, ketika Movie Player gagal memainkan sesuatu format video atau audio, secara automatik satu pop-up window akan keluar bertanyakan samada anda ingin sistem carikan codec yang sesuai untuk diinstall supaya video atau audio tadi boleh dimainkan. Lihat screenshot dibawah;
- Browser Plugin - Flash, video, Java, dan beberapa lagi merupakan antara plugin yang popular untuk apa jua browser. Secara default, browser dalam ubuntu tidak boleh memaparkan apa-apa flash video (termasuk youtube dll), Video (video streaming), dan juga website yang mempunyai aplikasi java. Perkara ini merupakah sesuatu yang biasa dalam apa jua platform. Dalam ubuntu gutsy dan hardy, apabila browser (firefox dll) gagal memaparkan website yang mempunyai unsur-unsur tadi (flash dll), maka satu pop-up akan keluar menghendaki anda untuk memilih plugin yang diingini untuk diinstall. Bagi flash player, saya mencadangkan pengguna baru untuk memilih plugin adobe flash player kerana plugin ini adalah yang paling baik dari yang lain.
- Software - Walaupun secara sedia adanya ubuntu sudah dilengkapi dengan pelbagai perisian yang pelbagai fungsi dan bervarieti, kadang kala pengguna baru buntu kerana kebanyakkan perisian yang terdapat dalam ubuntu itu agak tidak popular didalam windows dan fungsinya pun adalah samar. Dalam ubuntu terdapat fungsi yang dinamakan Add/Remove Applications yang berfungsi mencari apa sahaja perisian sumber terbuka dan memasangnya(install) atau membuangnya.(uninstall). Banyak perisian sumber terbuka yang popular didalam windows boleh diinstall menggunakan Add&Remove Applications dengan mudah dan cepat.
- Compiz Fusion - Secara defaultnya, ubuntu akan setkan Visual Effect (Efek desktop) kepada normal yang kemudian boleh ditukar kepada "None" dan "Extra". Namun "something is missing". Mustahil untuk pengguna baru customizekan efek-efek ini menggunakan command line melalui terminal. Anda perlu install "Advance Desktop Effects Settings" yang boleh ditemui dalam Add&Remove Applications.
- Tema desktop dan ikon - Jika anda right klik pada desktop dan memilih "Change Desktop Background" kemudian klik pada tab Theme, anda akan dapat melihat beberapa tema desktop dan klik pada "customize" akan mempamerkan lebih banyak pilihan. Untuk menambah koleksi tema desktop mahupun ikon ini, apa yang perlu dilakukan ialah mencari tema yang sesuai dan kemudian mendownloadnya di laman web gnome-look.org. Bagi Ubuntu Hardy, kategori tema yang harus dipilih ialah GTK2.0 dan Ikon Gnome 2.2 keatas.
- Fungsi merakam audio dari luar (Mic etc) - Fungsi audiocapture dalam ubuntu tidak diaktifkan secara default dan akibatnya pengguna tidak dapat merakam audio dari luar. Untuk aktifkan fungsi audiocapture dalam ubuntu, sila ke artikel saya yang sebelum ini. Klik >>> Aktifkan audiocapture dalam ubuntu.
- Lembutkan paparan font - Banyak cara untuk melembutkan paparan font tetapi saya lebih sukakan cara ini. Klik >>> Lembutkan paparan font dalam ubuntu
2.Customizekan beberapa perkara. Bilangan workspace, bilangan panel, item yang terdapat pada panel, item menu dan banyak lagi perkara sebenarnya boleh diubahsuai mengikut selera pengguna masing-masing. Setiap kali ingin mengubah sesuatu, right click dan dan pilih preferences, add to panel dan sebagainya. Eksperimenkan sendiri!
3.Install bukan dengan Add/Remove App Tidak dapat tidak, terdapat juga perisian yang tidak terdapat atau tidak termasuk dalam package ubuntu. Dalam website getdeb.net misalnya mempunyai banyak perisian untuk linux tetapi telah ditukarkan bentuk fainya kepada .deb. Apa itu .deb? .den ialah fail format bagi package perisian yang khas untuk sistem operasi berasaskan debian. Ianya seperti fail .exe didalam windows (walaupun agak berbeza dalam maksud tertentu) dan fail dalam bentuk ini memerlukan pengguna untuk doubleclick padanya ketika ingin install. Disana terdapat package dalam format yang lain seperti .rpm, .dmg, .tar.gz dan sebagainya yang mana setiap daripadanya mempunyai cerita dan fungsi tersendiri.
4.Internet. Untuk memasang sesuatu perisian menggunakan Add&Remove Applications, anda memerlukan sambungan internet ke komputer anda. Ramai orang bertanya tentang bagaimana untuk setting internet bagi kes-kes tertentu seperti wireless, dial-up, streamix dan sebagainya. Antara sebab mengapa saya gagal menjawab soalan kalian tentang ini ialah kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam setting internet bagi kes-kes seperti diatas. Kerana itu saya memohon sesiapa jua yang mempunyai ilmu dalam hal ini supaya boleh berkongsi disini agar dapat dijadikan ikutan oleh pengguna yang lain.
5.Sumber Rujukan.
Fenomena ubuntu adalah sesuatu yang baru dan ilmu mengenainya masih sangat terbatas. Kerana itulah blog ini sedang cuba sedaya upaya untuk menyediakan apa jua pengetahuan yang wajar diketahui oleh pengguna ubuntu di malaysia mahupun indonesia dan dimana sahaja bahasa melayu boleh difahami. Bagi mereka yang inginkan maklumat dalam bahasa inggeris bolehlah menbuat pencarian di google dengan memasukkan "ubuntu" setiap kali ingin mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Semoga artikel ini memberi guna dan selamat datang kedunia Ubuntu!
0 comments:
Post a Comment