DESA UBUNTU
PERSINGGAHAN SUMBER INSPIRASI TERBUKA ANDA


Linux bukan windows! Mengapa pengguna windows sukar memahami hakikat?Linux bukan windows! Mengapa pengguna windows sukar memahami hakikat?

Ada 1 artikel yang berjaya memikat minat saya untuk mengulasnya. Tajuknya -- Why is it so hard for windows users to understand that linux is not windows. Pilihan jawapan yang ada mungkin;
A) Kerana pengguna windows sukakan hasil kerja bill gates dan team microsoft
B) Kerana pengguna windows tak mahu sia-siakan pengalaman mereka bersama windows
C) Kerana mereka bencikan cara sistem linux berfungsi
D) Lain-lain : Atas sebab peribadi dan kesihatan

Penerangan

Dalam artikel asal, penulis mempersoalkan beberapa aspek seperti installing software, partitioning, drivers, mounting ISO images, dan video and codecs. Persoalan yang penulis utarakan ialah, mengapa pengguna windows ingin linux berfungsi sepertimana windows berfungsi dalam aspek-aspek yang digariskan ini?

Saya mempunyai sedikit pengalaman berhadapan dengan situasi bilamana seorang pengguna windows yang baru mencuba ubuntu dan bertanya sesuatu yang seolah-olahnya ingin ubuntu berfungsi seperti windows. Ianya agak tidak adil jika anda berpisah dengan seorang kekasih bernama A kemudian menemui kekasih baru bernama B kemudian anda ingin B tadi bersikap seperti A dengan memperbaiki kesilapan A. B ada identiti baru yang harus dihormati dan diraikan dan bukannya mencari kesempurnaan yang hanya memenuhi kehendak peribadi.

Rata-rata yang membuat keputusan untuk beralih angin kepada ubuntu kerana sudah bosan dengan virus dalam windows, ataupun bosan kerana windows (vista) memerlukan system requirement yang terlampau tinggi dan tahap compatibility yang dipertikai. Ada juga yang menamakan isu keberkatan menggunakan sistem operasi cetak rompak sebagai sebab mengapa dia beralih ke ubuntu. Apapun sebab anda beralih angin, mengapa cara windows berfungsi itu masih diidam-idamkan untuk dijelmakan kedalam ubuntu?

0 comments: