DESA UBUNTU
PERSINGGAHAN SUMBER INSPIRASI TERBUKA ANDA


Apa perubahan diri anda selepas mengenali dan menggunakan ubuntu?

Pertemuan dengan seseorang mungkin mengubah hidup anda. Pertemuan dengan ubuntu pula bagaimana? Bagi diri saya, banyak perubahan telah berlaku semenjak saya mengenali ubuntu. Antaranya ialah;

  • Mengenali lebih banyak sistem operasi dan distro : Pelik atau tidak, saya mengenali mac osx adalah selepas saya kenal ubuntu. Ketika itu saya suka theme mac osx untuk gnome dan kemudian saya berlajar tentang cara install mac osx dalam pc biasa sebelum secara rasminya membeli sebuah macbook. Pelik?
  • Belajar menyelesaikan masalah sendiri secara merujuk google : Ketika saya mula menggunakan ubuntu 7.04, tidak ramai kawan saya yang menggunakan ubuntu. Rujukan bertanya hampir tidak ada. Kesannya, saya terpaksa berkawan dengan google untuk mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan yang saya hadapi. Ia termasuk juga tweaks dan tricks yang hebat dalam ubuntu. Semuanya dari web, blog, forum dan tutorial. Fuhh, saya tak sangka saya telah melepasi zaman macam tu.
  • Lebih mengenali open source (sumber terbuka) : Jujur saya katakan, saya bermula dari ZERO pengetahuan tentang sumber terbuka. Ketika saya mula-mula menggunakan ubuntu, saya masih lagi tidak mengetahui bahawa ubuntu itu sumber terbuka. Yelah, saya hanya nak guna ubuntu dan bukan belajar soal ianya sumber terbuka atau tidak. Siapa sangka, faktor menggunakan ubuntu lah yang menyebabkan saya mengenali sumber terbuka dengan lebih dekat termasuk konsep pembangunannya.
  • Menjadi blogger IT : IT & Komputer bukan bidang saya. Malah saya cukup yakin yang diri saya amatlah tidak berbakat dalam bidang programming. Dalam masa yang sama, saya suka menulis dan berkongsi. Bermula dengan main-main dan cuba-cuba, akhirnya lahirlah blog melayubuntu yang kini sudah hampir 11bulan umurnya.
  • Berkawan dengan ramai blogger dan rakan cyber : Menjadi penulis blog memerlukan anda berinteraksi dengan kuantiti dan diameter pembaca yang luas. Pembaca pula pelbagai karenah dan cukup bervariasi. Saya meletakkan id ym saya pada sidebar yang kini saya hampir setiap hari ada sahaja pembaca yang add saya sebagai rakan ym mereka. Sehingga kini tidak kurang 150 orang pembaca telah add saya sebagai rakan ym mereka dan mereka boleh bertanya kepada saya tentang masalah ubuntu mereka bila-bila masa sahaja. Jujur saya katakan, kadang-kadang saya tidak menang tangan! Kerana itu, maafkan saya jika saya tidak dapat melayan semua rakan ym kelas V.I.P (hehe)
  • Belajar berkomuniti : Disana terdapat 1 komuniti iaitu komuniti ubuntu malaysia. Saya mengenali pelbagai ragam manusia disana dari pelbagai ceruk kebolehan. Saya cukup teruja apabila dapat mengenali ramai ahli komuniti yang hebat-hebat dan mempunyai latar belakang yang berbeza.
  • Menjadi seorang yang suka design : Haha. Saya agak tidak faham dengan diri sendiri. Saya rasa saya bukanlah seorang insan yang dilahirkan dengan bakat design. Tetapi dalam masa yang tidak disedari, saya cuba dan cuba belajar menggunakan GIMP dan Inkscape semata-mata untuk membuktikan bahawa perisian open source tidak kurang hebatnya jika nak dibandingkan dengan perisian berbayar (cracked). Untuk makluman, semua design saya dalam blog ini hasil dari gimp dan inkscape!
  • Menjadi seorang yang digelarkan pelik dan complicated : Hmm..cerita ini agak menyedihkan kerana terpaksa berpisah dengan orang yang tersayang kerana diri kita semakin pelik dan complicated. Best betul masa fikir balik pasal benda ni. Tapi semua tu ujian jer. hehe..
  • Meninggalkan windows 100% : Selepas mengenali ubuntu, saya sempat juga dualboot dengan windows vista selama beberapa bulan sebelum membuang terus vista dari laptop saya. Saya tidak tahupun boleh tuntut balik duit OS vista tu.Tak apalah. Yang pasti saya dah buang windows dari hidup saya. Corak kehidupan dan pergantunggan kepada perisian tertentu mungkin menghalang anda dari melupakan windows. Tetapi saya tidak mengalami masalah tersebut.
  • Berkomputer tanpa perasaan bersalah : Sebelum saya menggunakan ubuntu, saya seorang pengguna windows. Semua perisian berbayar yang saya gunakan dalam windows ialah perisian cracked termasuk microsoft office, photoshop, antivirus, antispyware, games, dan bermacam lagi. Saya cukup tidak selesa dengan keadaan tersebut tetapi terpaksa juga meneruskan cara hidup sebegitu. Dalam ubuntu, keadaan cukup berbeza. Semua perisian dalam apt ialah perisian open source yang pastinya percuma dan bebas digunakan tanpa kekangan copyright.
  • Melupakan perkataan "virus" dalam kehidupan seharian : Dalam windows, setiap tindakan anda pastinya mempertimbangkan kewujudan virus seperti "boleh ke masuk web ni... , boleh ke klik link ni..., boleh ke run fail ni..., boleh ke accept fail ni..., boleh ke cucuk usb ni...," dan bermacam lagi. Dalam ubuntu, dialog-dialog tadi 100% tidak ada! Hasilnya, produktiviti bertambah!
Sebenarnya ada banyak lagi perubahan tetapi jika saya menulis kesemuanya, akan panjang berjelalah entri ini. Ok, saya telah bercerita tentang perubahan pada diri saya. Bagaimana dengan anda pula?

0 comments: