DESA UBUNTU
PERSINGGAHAN SUMBER INSPIRASI TERBUKA ANDA


USB 3.0 dalam Linux ??

ura2 menyatakan bahawa USB 3.0 bakal digunakan di dalam Linux dulu sblm Windows...sbg pengguna Linux, aku sangat bangge...huhu...artikel ni aku amek dari MelayUbuntu

Sarah Sharp (Geekees), salah seorang daripada pembangun Linux di Intel's Open Source Technology, telah mengumumkan di blog beliau bahawa USB3.0 akan dimasukkan ke dalam Linux Kernel. Ini menjadikan Linux adalah OS pertama di dunia yang akan menyokong sistem USB3.0, berbanding Windows!

Menurut Ankika Kehrer, USB3.0 menyokong kadar pemindahan data sehingga 5.0Gb per saat, berbanding USB2.0 yang hanya menyokong sehingga 480Mb per saat! Perbezaan yang ketara, sehingga 20 kali lebih laju berbanding USB2.0! Bahkan Firewire hanya mampu menyokong sehingga 3.2Gb per saat. Perkara tersebut telah dibentangkan pada November 2008 oleh USB Implementers Forum Inc.

Beliau (Sharp) bekerjasama dengan Keve Gabbert untuk memastikan bahawa distro Linux seperti ubuntu dan Red Hat menjadi distro pertama yang akan dimasukkan xHCI driver bagi USB3.0. Beliau juga berkata bahawa driver tersebut akan dimasukkan di dalam Kernel 2.6.31. Kepada pengguna yang tidak tahu menggabungkan (compile) kernel mereka sendiri, mereka boleh menunggu sehingga bulan September nanti untuk menikmati perkhidmatan tersebut.

credit to : melayubuntu

1 comments:

  mahirlinux

August 24, 2009 at 12:50 AM

bagus jugak blog ni..banyak info..
saya pun baru belajar menulis blog, kalu sudi, kunjungi lah blog saya ni..http://mahirlinux.blogspot.com tq