DESA UBUNTU
PERSINGGAHAN SUMBER INSPIRASI TERBUKA ANDA


Wubi - Ubuntu Installer pada Windows

Pernahkah anda menggunakan Linux?

Tahukah anda bahawa tidak ramai dari kita yang pandai menggunakan perisian Linux kerana kebanyakan dari kita telah menggunakan perisian Windows sejak dari mula kita mengenal komputer.

Jika anda ingin belajar menggunakan perisian Linux ini, anda boleh mencuba menggunakan Wubi. Jangan risau kerana ianya tidak akan mengganggu sistem operasi Windows anda.

Wubi ialah Ubuntu Installer untuk pengguna Windows dengan kemudahan hanya satu klik sahaja. Wubi boleh di install atau di uninstall seperti kebanyakan aplikasi Windows yang lain dengan cara yang amat mudah dan selamat.

Apakah keperluan untuk mula memasang Wubi ini?

  • 256 MB memory
  • 5 GB harddisk space
  • Windows 98, 2000, XP, Vista

Jadi, jangan tunggu lagi. Anda boleh belajar bagaimana menggunakan Linux tanpa mengganggu sistem operasi Windows anda dengan Wubi.

Download Wubi

Bagaimana untuk memasang?

Anda boleh merujuk kepada laman web ini http://www.howtoforge.com/wubi_ubuntu_on_windows

0 comments: