DESA UBUNTU
PERSINGGAHAN SUMBER INSPIRASI TERBUKA ANDA


Bersedia upgrade ubuntu ke Intrepid Ibex?

4 hari dari sekarang versi ubuntu terbaru iaitu intrepid ibex 8.10 akan dilancarkan secara rasminya. Versi terbaru ini menawarkan ciri-ciri terbaru yang lebih stabil, penambahbaikan kemudahcapaian, update perisian dan keselamatan. Bagi pengguna ubuntu yang telah menggunakan ubuntu sejak hardy heron atau yang sebelum ini, upgrade ke intrepid merupakan sesuatu yang mengujakan.

Pun begitu masih terdapat kebimbangkan adakah proses upgrade ini akan menyebabkan system anda yang lama akan terganggu. Ok, katakan sekarang ini anda sedang menggunakan ubuntu yang berfungsi sepenuhnya termasuk webcam, sound, grafik, network card dan sebagainya. Walaupun proses upgrade tidak mengganggu perisian yang telah terinstall dalam ubuntu, namun persoalan adakah proses upgrade itu nanti akan menganggu fungsi hardware dan setting-setting yang dilakukan sebelum upgrade tetap menjadi kerisauan. Kebimbangan ini turut dikongsi oleh blogger ini.

Namun jika anda masih tidak berpuas hati dengan versi sebelum ini, intrepid ibex ialah jalan keluar. Saya cadangkan anda upgrade ke intrepid ibex jika;

* Anda mempunyai masalah dengan adobe flash dalam hardy heron (masalah berkaitan sound)
* Ubuntu xdapat detect hardware komputer/laptop anda dengan baik dalam versi sebelum ini (cth : wireless card tak detect ect)
* Proses installasi hardy heron gagal kerana ia menunjukkan busy box (kerana hardware laptop anda terlalu baru)
* Jika anda pembaca blog ini, saya akan up 2 date dengan versi terbaru dan mungkin artikel-artikel saya selepas ini hanya akan memfokuskan kepada intrepid ibex.

Jika anda ingin upgrade ke intrepid ibex, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan.

1)Upgrade Online : Dalam terminal taipkan

update-manager -d

Dan muncul tetingkap update manager beserta satu info memaklumkan tentang versi baru. Sila pilih upgrade.Proses ini memerlukan anda mempunyai sambungan internet dan update manager akan memuat turun segenap fail yang diperlukan dari internet (saiz agak besar) dan kemudian barulah dimulakan proses upgrade versi ubuntu.

2)Dari CD/DVD Intrepid Ibex : Anda boleh masukkan CD/DVD Intrepid Ibex ke drive.Samada anda akan menerima notis bahawa system mengesan versi terbaru ubuntu atau anda boleh setkan Software Sources untuk menggunakan package dalam CDROM sebagai sumber. Atau juga secara manual, memasukkan command berikut ke terminal;

gksu "sh /cdrom/cdromupgrade"



3)USB startup Disk : Saya terbaca bahawa intrepid ibex mempunyai sesuatu yang dipanggil USB startup disk creator yang membolehkan pengguna membuat satu bootable USB bagi ubuntu. Saya akan review dalam entry yang akan datang berkenaan software ini dan berkemungkinan boleh dijadikan salah satu sumber pakej untuk proses upgrade.

Semoga bermanfaat.

0 comments: