Software Freedom Day (SFD) ialah pesta menyambut Perisian Percuma dan Sumber Terbuka (FOSS). Matlamatnya ialah untuk mendidik penduduk bumi tentang kebaikan menggunakan perisian FOSS dalam pendidikan, sektor kerajaan, kegunaan peribadi, perniagaan dan seluruh juzuk kehidupan.
Saya tertarik kepada sambutan software freedom day yang dirancang untuk diadakan disekolah-sekolah. Disini tedapat satu katalog perisian FOSS yang boleh digunapakai disekolah-sekolah atau mungkin di institut yang lebih tinggi. Senarainya cukup lengkap untuk dijadikan rujukan oleh pengubal kokurikulum sekolah-sekolah malaysia.
Saya merupakan salah seorang dari bekas pelajar di salah sebuah sekolah bestari. Setiap malam selasa, kami disekolah tersebut diwajibkan menghadiri apa yang dinamakan "kelas komputer" dan modul yang diajarkan kepada kami (seingat saya) tiada lansung kaitan dengan FOSS. Apa yang ada cumalah kelas biasa, belajar menggunakan microsoft word dan akhirnya disudahi dengan mempelajari cara-cara membuat laman web. Saya tiada masalah dengan modul tersebut tetapi jika anda menyoroti dengan teliti senarai perisian dalam katalog ini, ianya cukup memberikan inspirasi betapa masih terlalu luas ruang untuk memperbaiki pencapaian lampau.
20 September ini dunia akan menyambut hari kebebasan perisian. Seorang kawan cyber berkata kepada saya "bilalah agaknya sekolah-sekolah kat malaysia nak sambut event sebegini". 5billion ringgit dibelanjakan untuk dasar matematik dan sains dalam BI yang sekarang sedang menjalani kajian semula samada meneruskannya atau berpaling kedasar lama. Namun untuk mendidik rakyat sedari kecil supaya memahami prinsip perisian percuma dan sumber terbuka, saya cukup yakin tidak sampai 1 billion pun bajet yang diperlukan.
Saya memilih untuk mempercayai bahawa kita sedang bergerak kearah yang lebih baik. Disana mungkin terdapat individu-individu yang sedang mengusahakan supaya sesuatu seperti ini mampu direalisasikan disekolah-sekolah. Samada ianya terjadi secara drastik atau beransur-ansur, biarkan masa yang menentukan.
0 comments:
Post a Comment