DESA UBUNTU
PERSINGGAHAN SUMBER INSPIRASI TERBUKA ANDA


Install Safari 3.1.2 (versi terbaru) dalam ubuntu hardy heron menggunakan WINE

Jika sebelum ini bro alHakim telah menulis panjang mengenai cara-cara untuk install internet explorer (IE) kedalam ubuntu menggunakan WINE, hari ini saya akan menulis "tidak begitu panjang" cara-cara install browser safari dalam ubuntu hardy heron. Saya tahu entri ini bukan untuk semua orang, tetapi sebagai rujukan berguna terhadap sesetengah orang.

Cara-caranya;

1.Pastikan anda sudah memasang WINE ( sudo apt-get install wine ) atau menggunakan Add/Remove Applications (taipkan wine - pilih - apply).

2.Pastikan Windows Version pada winecfg (Applications - Wine - Configure Wine) disetkan kepada Windows XP.

3.Pastikan anda sudah memasang Microsoft TrueType fonts ( sudo apt-get install msttcorefonts ) dan copy beberapa fonts tersebut kedalam folder Wine dengan cara memasukkan command-command berikut kedalam terminal

cp /usr/share/fonts/truetype/msttcorefonts/Arial*.ttf ~/.wine/drive_c/windows/Fonts/

cp /usr/share/fonts/truetype/msttcorefonts/Times_New_Roman*.ttf ~/.wine/drive_c/windows/Fonts/
4.Download safari untuk windows disini.

5.Kemudian run fail SafariSetup.exe yang didownload dengan double click , atau right click - open with wine... atau pada terminal dalam direktori yang sama taipkan( wine SafariSetup.exe). Ini akan membuka tetingkap yang sangat-sangat familiar dengan anda.

6.

Next

7.

Accept agreement - Next

8.

JANGAN install bonjour dan updater - Install.

9.

Finish.

10.Buka Terminal dan taipkan;
wine ~/.wine/drive_c/Program\ Files/Safari/Safari.exe
atau lancarkan safari menerusi menu applications - wine atau desktop shortcut.

Photobucket

Ianya tidak perfect tetapi boleh digunakan. Harap entri ini berguna sebagai rujukan.

0 comments: