DESA UBUNTU
PERSINGGAHAN SUMBER INSPIRASI TERBUKA ANDA


Install dan mencuba Phonetooth dalam Ubuntu Hardy Heron

Phonetooth ialah satu aplikasi yang ditulis menggunakan bahasa python dan berfungsi untuk menghantar mesej (sms) ke telefon bimbit menggunakan sambungan bluetooth dan juga berfungsi untuk mencapai file dalam memori telefon.

Phonetooth masih diperingkat pembangunan yang pesat dan setakat artikel ini ditulis, versi terbarunya ialah versi 0.5.0. Saya telah mencuba aplikasi ini dan merasakan ianya sangat berguna untuk dicuba sendiri oleh pengguna ubuntu lain bukan sahaja untuk digunakan, tetapi dipelajari serba sedikit tentang pembangunan sesuatu aplikasi.

Install.

Masih tidak ada package ubuntu untuk phonetooth dan memasangnya memerlukan beberapa dependecies seperti berikut;

  • python-gtk2
  • python-bluez
  • python-serial
  • obex-data-server
  • python-gammu
Cari pakej diatas menggunakan synaptic dan install!
Note : terdapat pakej yang sudah sedia terinstall.

Kemudian, download source file dari phonetooth di sini dan save ke desktop. Extract file berkenaan (phonetooth-0.5.0.tar.gz) dan buka terminal dalam folder file tersebut dan run command berikut;
./configure --prefix=/usr
kemudian,
make install
Selesai proses installasi, anda sepatutnya boleh melancarkan aplikasi ini melalui menu Applications > Accessories > Phonetooth.

Penggunaan.



Phonetooth menggunakan sambungan bluetooth untuk connect ke HPhone, menerima dan menghantar data. Oleh itu, selepas phonetooth dilancarkan, perkara pertama yang harus dilakukan ialah memastikan Hphone anda enablekan sambungan bluetooth, dan buat koneksi antara phonetooth dengan HPhone menggunakan preferences dan scan! Kemudian pilih sambungan ke telefon anda.

Selepas sambungan berjaya dilakukan, anda sudah boleh membuat capaian ke memori HPhone dan boleh menyalin file dalam memori phone ke dalam desktop menerusi drag & drop.

Untuk menggunakan fungsi seterusnya iaitu menghantar text mesej (sms), anda harus pergi ke pilihan menu Edit > Manage Contacts dan kemudian import contact dalam HPhone anda ke phonetooth. Selepas itu barulah anda boleh tetapkan recipient(penerima) kepada text mesej anda berdasarkan nombor telefon recipient tersebut.



Rumusan.

Jika anda suka menaip di keyboard full size dari keyboard HPhone, aplikasi ini adalah untuk anda. Selamat mencuba!

0 comments: