DESA UBUNTU
PERSINGGAHAN SUMBER INSPIRASI TERBUKA ANDA


Asas-asas untuk memasang software kedalam Ubuntu

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk memasang software didalam ubuntu. yang paling terkenal buat masa ini ialah dengan menggunakan cara apt-get kerana ia mudah dan cepat. selain itu terdapat juga cara yang berbentuk GUI (graphical user interface seperti add/remove application dan synaptic package manager) yang memudahkan kerja pemasangan software. tapi untuk pengguna yang baru berjinak dengan dunia Ubuntu/Linux, mungkin anda belum mengetahui tentang perkara ini. antara cara-cara untuk memasang software adalah seperti berikut:

apt-get (terminal)

Ini adalah cara yang paling banyak pengguna akan menggunakannya. antara command yang diperlukan semasa menggunakan arahan ini ialah:

sudo apt-get install namasoftware
sudo apt-get remove namasoftware
sudo apt-get autoremove
sudo apt-get clean
sudo apt-get install -f
sudo apt-get update
sudo apt-get upgrade


aptitude (terminal)

cara ini menggunakan menu driven seperti menggunakan synaptic package manager. perbezaannya ia menggunakan menu yang berbeza dengan synaptic package manager yang menggunakan GUI.

add/remove application (applications -> add/remove applications)

software ini dibina untuk memudahkan para pengguna yang baru mengenali dunia Ubuntu/Linux memasangkan software didalam Ubuntu mereka. didalam software ini kita hanya dibekalkan dengan software yang biasa terdapat dalam sesebuah komputer sahaja.

synaptic package manager (system -> administration -> synaptic package manager)

software ini membenarkan para pengguna untuk memasang software dengan menggunakan antaramuka (GUI). senang, agak mudah dan lengkap dengan semua software/library yang available untuk kita install kedalam Ubuntu kita. cuma mungkin sedikit rumit untuk pengguna yang baru menceburi ke dalam dunia Ubuntu.

compile daripada kod sumber (terminal)

ini adalah cara yang agak sedikit sukar kerana kita perlu mengcompile daripada kod sumber. untuk pengguna baru kebiasaannya akan gagal untuk menggunakan cara ini. jika boleh, gunakan cara yang lain dahulu dan sekiranya tidak mempunyai jalan yang lain barulah gunakan jalan ni. antara langkah-langkah untuk menggunakan cara ini ialah dangan menginstall dahulu software untuk compile kod sumber tersebut iaitu didalam linux dipanggil build-essential. arahannya seperti berikut:

sudo apt-get install build-essential

setelah itu, barulah anda boleh compile kod sumber tersebut. sebelum itu anda mungkin perlu untuk extract dahulu kod sumber tersebut kerana kebiasaannya ia dicompress menggunakan format .tar.gz (nak decompress sila guna arahan tar xvf namafile.tar.gz).

kemudian masuk ke dalam folder yang sudah dibuka tadi dan menaip arahan dibawah

.configure --prefix=/usr

make

sudo make install

make clean

sudo make uninstall

sudo checkinstall

*cara ini tidak akan membuat shortcut, jadi anda perlu melakukan sendiri shortcut tersebut atau menjalankan arahan dengan menggunakan terminal atau run application(alt+F2).

package installer gtk (.deb)

ini dalah package yang telah dibina untuk memudahkan para pengguna memasang software. download dahulu software yang dikeluarkan menggunakan package ini, contohnya perisian zekr kedalam komputer kita, kemudian double klik diatas package dan secara automatik Ubuntu akan menjalankan perisian gdebi-gtk (package installer) iaitu antaramuka untuk menginstall perisian menggunakan package .deb ini kemudian klik pada install package. selain antaramuka ini, package .deb juga boleh diinstall menggunakan command line yang akan ditunjukkan pada dpkg nanti.

alien (menukar file .rpm ke .deb) (terminal)

sekiranya terdapat software yang disediakan dalam format .rpm (redhat oackage manager), kita boleh menukarnya ke format .deb dengan menggunakan arahan alien. anda perlu memasang perisian alien dahulu dengan menaip:

sudo apt-get alien

kemudian menggunakan arahan alien untuk menukar .rpm ke .deb menggunakan arahan berikut:

alien -k namapackage.rpm
dan kemudian anda boleh la double klik pada package .deb itu untuk menjalankan package installer secara GUI ataupun menggunakan arahan command line seperti di dpkg.

arahan dpkg (terminal)

cara ini sama seperti cara package installer(gdebi-gtk), cuma ia perlu dijalankan secara command line. arahannya ialah:

sudo dpkg -i namapackage.deb

software installer menggunakan binary (.bin) atau shell script (.sh) (terminal)

terdapat juga software yang menggunakan installer(.bin dan .sh) seperti ini. antaranya ialah Adobe Air, Netbeans, RealPlayer dan lain-lain. untuk memasang software ini, mula-mula anda perlu memberi ia kuasa untuk dijalankan kepada semua dengan menaip arahan ini:

sudo +x namasoftware.bin


atau

sudo +x namasoftware.sh


kemudian jalankan installer dengan menaip arahan

sudo ./namasoftware.bin


atau

sudo ./namasoftware.sh


kemudian installer akan dijalankan dan anda mungkin diminta untuk memasukkan nama path ataupun address untuk software tersebut, sebagai panduan, anda sepatutnya menginstall software ini kedalam folder /opt kerana folder ini memang dikhaskan untuk software pilihan(option) kita.

harap dengan penerangan ringkas ini dapat memberi sedikit idea kepada para pembaca bahawa didalam ubuntu/linux tidak terdapat satu cara untuk memasang software.

sekian

0 comments: